Sistem Peredaran Darah:
·
Adalah salah
satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan
darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula.
Sistem peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup
kerana darah mengalir di dalam salur darah yang tertutup
·
Fungsi asas
peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada sel-sel di
dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak dikehendaki
dari sel.
·
Sistem darah
manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.
Peredaran Pulmonari
Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari
jantung melalui arteri pulmonari ke paru-paru dan balik ke jantung melalui vena
pulmonari
Peredaran Sistemik
·
Peredaran
ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian badan
dan balik ke jantung
·
Struktur
anatomi sistem ini terdiri daripada
·
Jantung
·
Saluran
darah
Jantung:
·
Jantung
terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di
hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.
·
Organ ini
boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan
oleh dinding yang dipanggil septum.
·
Lapisan
jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:
·
Pericardium
(luar)
·
Myocardium
(tengah)
·
Endocardium
(dalam)
·
Jantung
mempunyai 4 ruang yaitu: 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium, 2
ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel
·
Antara
atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam
jantung
Aliran darah di dalam jantung
1.
Venakava
membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.
2.
Apabila
atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap trikuspid
3.
Pengucupan
ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri pulmonari dan
seterusnya ke paru-paru.
4.
Pertukaran
oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru.
5.
Seterusnya
dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.
6.
Apabila
atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke
ventrikal kiri.
7.
Dari
ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar
ke seluruh badan.
Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara
automatik dan kadar denyutan ini boleh bertambah mengikut keadaan, seperti
bersenam.
Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:
1. Arteri
- Vena
- Kapilari
1.
Arteri
Arteri ialah salur darah yang
membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan. Dinding
arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang
tinggi disebabkan oleh denyutan jantung . Arteri bercabang-cabang membentuk
arteriol.
2.
Vena
Vena ialah salur darah yang membawa
darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain badan. Vena mempunyai dinding yang
nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan dengan arteri. Darah yang
berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding yang
tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan
terhadap pengaliran darah. Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan
darah mengalir hanya dalam satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung.
Injap-injapa ini akan tertutup jika darah mengalir ke belakang dalam alirannya.
Vena yang terkencil sekali dinamakan venul. Semua vena membawa darah tidak beroksigen
kecuali vena pulmonari.
3.
Kapilari darah
Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.
·
Kapilari
darah menghubungkan arteriol kepada venul.
·
Dinding
kapilari darah hanya setebal satu sel.
·
Dinding-dindingnya
yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan
tisu-tisu berlaku dengan cepat.
Darah
·
Darah
terdiri daripada
-
Pepejal (sel
darah ) 40%
-
Cecair
(plasma) 60%
·
Tubuh manusia
mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah.
·
Darah
terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan
(platelet)
Plasma
Adalah larutan yang berwarna jernih
kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air. Lebih kurang 90%
daripada plasma terdiri daripada air.
Bahan larut yang terkandung dalam
plasma:
·
Garam-garam
·
Bahan-bahan
makanan – glukosa, asid amino
·
Protin darah
– fibrinogen, globulin dan albumin
·
Bahan-bahan
kumuh terutama urea
·
Hormon
Sel Darah Merah (Eritrosit)
·
Berbentuk
ceper dwicekung
·
Tidak
mempunyai nukleus
·
Mengandung
pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya.
·
Size dan
bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu yang besar dan
ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma
·
Sel ini
hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan
oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang
Sel Darah Putih (Leukosit)
·
Tidak
berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata
·
Tiap-tiap
leukosit mempunyai nukleus
·
Sel-sel
darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama
lebih kurang 30 jam.
·
Terdapat
pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi.
·
Ia memainkan
peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.
Sel Pembeku Darah (Platelet)
Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama lebih kurang 10 hari
Fungsi Darah:
1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke
seluruh sel dan tisu badan.
2. Melawan jangkitan kuman.
3. Membawa bahan buangan atau kumpulan,
hormon-hormon dan enzim-enzim.
4. Memberi warna kepada kulit
5. Mengawal suhu badan.
video sistem peredaran darah:




Tidak ada komentar:
Posting Komentar